28 August 2010

TOPIK 4 : KENALI BAHAN PENDINGIN

bahan pendingin
¨haba disingkirkan dari sistem penyejukan oleh bahan pendingin. Setiap cecair yang mempunyai takat didih hampir dengan takat beku air boleh dijadikan bahan pendingin. Walau bagaimanapun, bahan pendingin yang baik tidak semestinya mempunyai suhu takat didih yang rendah. Bahan dingin yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tidak beracun, tidak mudah meletup dan tidak kakis kepada komponen. Selain itu, kualiti-kualiti lain seperti kesan-kesan bahan pendingin pada haba dan suhu, isipadu dan ketumpatan, tekanan, sifat-sifat kimia dan fizikal bahan pendingin mestilah diambilkira juga.

sifat bahan pendingin
¨Fungsi bahan pendingin ialah untuk menyerap haba. Cecair bahan pendingin yang berada di penyejat akan bertukar menjadi gas dan menyingkirkan haba ini di pemeluwap. Di pemeluwap, gas bahan pendingin bertukar menjadi cecair.

sifat bahan pendingin yang baik
 Kesan pada haba dan suhu;
¨-. Haba pendam pemelewapan bahan pendingin mestilah tinggi. Ini membolehkan kuantiti bahan pendingin yang sedikit menyerap haba dengan banyak.

¨-. Takat beku bahan pendingin mestilah rendah daripada suhu yang terdapat dimana-mana bahagian dalam sistem itu. Jika ini tidak diambil kira, bahan pendingin mungkin membeku di penyejat dan menyebabkan sistem tidak dapat bekerja dengan sempurna.

ketumpatan isipadu bahan pendingin

¨-Ketumpatan bahan pendingin hendahlah tinggi. Saluran cecair yang kecil boleh digunakan.
¨-. Isipadu wap bahan pendingin mestilah sekecil mungkin. Ini membolehkan
¨penggunaan saluran sedutan dan singkiran yang kecil. Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan ke atas komponen-komponen

¨kesan bahan pendingin

¨-. Perbezaan tekanan bahan pendingin pada bahagian tinggi dan rendah seboleh-bolehnya hendaklah rendah.
¨-. Apabila tekanan pemeluwap rendah, alat-alat yang ringan dapat di gunakan dan kebocoran dapat dielakan.

sifat kimia bahan pendingin

¨-. Mestilah tahan pada suhu dan tekanan operasi yang terdapat pada sistem tanpa berubah sifatnya.
¨-. Tidak mudah terbakar dan meletup, sama ada dalam bentuk gas atau cecair semasa bercampur dengan minyak.
¨-. Tidak berkarat dan tidak bertindakbalas terhadap alat-alat sistem.
¨-. Tidak beracun dan memberi kesan sampingan kepada hidup-hidupan separtimanusia, tumbuhan dan binatang.
¨-. Tidak mudah terbakar.
¨-. Boleh larut dengan minyak supaya pelinciran berkesan.
¨-. Tidak berbahaya apabila yindak balas dengan minyak walaupun dengan kehadirankelembapan.
¨-. Mempunyai rintangan tinggi pada elektrik. Ini untuk mengelakkan pengaliran aruselektrik pada sistem.



bahan pendingin r22

¨Satu jenis bahan pendingin yang begitu popular digunakan untuk semua jenis penyamanan udara

¨komersial dan rumah. Dikenali dengan nama R22 (HCFC 22 Chlorodifluoromethane).

Amat berbahaya kepada lapisan ozone jika dilepaskan



¨














JAR 205

Halaman ini sedang dikemaskini.Harap maaf..

25 August 2010

TOPIK 3 : KAEDAH MENGECAS BAHAN PENDINGIN

MENGECAS BAHAN PENDINGIN DAN MINYAK BAHAN PENDINGIN

    Tajuk-tajuk Utama








1. Mengesan dan Menguji Kebocoran
2. Pengungsian
3. Mengecas Sistem Menggunakan Wap Bahan Pendingin
4. Mengecas Bahan Pendingin Menggunakan Silinder Pengecas
5. Pump down
6. Minyak Bahan Pendingin
7. Memeriksa Minyak Pemampat

  
PENGUNGSIAN ( Pengosongan)

 Pengungsian perlu dilakukan sebelum membaiki kebocoran atau mengganti  
 alat-alat yang rosak.
Cara-cara pengungsian :

1- Pasangkan injap servis pada tiub servis bahagian tekanan rendah di 
    pemampat.
2- Pasangkan hos pam vakum pada injap servis dan biarkan injap terttutup.
3- Jalankan pam vakum. Buka injap nyahcas dan perlahan-lahan buka injap 
    servis pada pemampat
4- Buka injap servis pada pam vakum perlahan-lahan untuk mengelak minyak di 
   dalam pemampat di sedut keluar.
5. Jalankan pam vakum selama 15 minit atau sehingga 500 mikron atau 76 cm
    Hg pada tolok tekanan rendah. Setelah pam berfungsi selama 30 minit, tutup 
    injap pada pam vakum, lihat jarum di tolok vakum jika naik terdapat
    kebocoran pada sistem tersebut.

6- Tutup injap servis di pemampat dan hentikan pam vakum.
7.Masukkan sedikit bahan pendingin dan uji kebocoran pada bahagian tekanan
   rendah. Jalankan sistem dan lakukan juga pada bahagian tekanan tinggi.
8- Lakukan pelegaan bahan pendingin yang dicas tadi bagi membantu
   mengeluarkan kelembapannya.
9- Jalankan pam vakum semula dan lakukan proses pengungsian seperti di atas
    selama 30 minit lagi sehingga bacaan tolok vakum 500 mikron atau 76 cm
    Hg.
   
MENGECAS SISTEM MENGGUNAKAN WAP BAHAN PENDINGIN

 - Mengecas sistem menggunakan wap bahan pendingin dijalankan melalui
   saluran sedutan, iaitu di bahagian tekanan rendah
- Wap ini akan masuk ke dalam pemampat dan pemampat hanya mampu
  memampatkan wap bahan pendingin.
- Mengecas denagan menggunakan wap bahan pendingin boleh dilakukan
  melalui tiga cara :

    a- Mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan

    b- Mengecas wap bahan pendingin berpandukan suhu

    c- Mengecas wap bahan pendingin berpandukan arus

MENGECAS BAHAN PENDINGIN MENGGUNAKAN SILINDER PENGECAS
-  Alat-alat yang digunakan untuk mengecas menggunakan silinder pengecas
   adalah seperti berikut :
     a) Tolok pancarongga
    b) pam vakum
    c) bahan pendingin
    d) silinder pengecas
   
- Dengan menggunakan silinder pengecas kita boleh mengecas bahan pendingin
  dengan lebih tepat dan berkesan.

PUMP DOWN

- Biasanya dilakukan pada sistem yang besar untuk mengelakkan pembaziran
  bahan pendingin semasa menukar penyejat, pemampat atau pemeluwap.

- bahan pendingin dipam dan disimpan di bahagian tekanan tinggi iaitu di tangki
  penerima atau pemeluwap.

MINYAK BAHAN PENDINGIN
-  Minyak yang digunakan dalam sistem penyaman udara dan penyejukan adalah 
   minyak bahan pendingin

-  Ia berbeza dengan minyak pelincir.

-  Di buat khas supaya tahan kepada keadaan sejuk, panas dan mestilah dalam
   keadaan cecair pada sebarang suhu.

- Memilih ciri-ciri minyak bahan pendingin yang baik :
              a) Kestabilan kimia
    b) Kelikatan
    c) Takat tuang
    d) Kekuatan dielektrik
    e) Kandungan lilin yang rendah


MEMERIKSA MINYAK PEMAMPAT

Warna minyak bahan pendingin boleh menunjukkan keadaan yang berlaku dalam sistem tersebut,

 a-   Minyak hitam - menunjukkan berkarbon. Ini berlaku kerana terdapat udara
               dalam sistem tersebut
b-   Minyak coklat -  menunjukkan terjadinya saduran kuprum yang disebabkan kehadiran kelembapan dalam sistem.
c-   Minyak kelabu atau metalik - menunjukkan bebola haus atau omboh tercalar.





  




24 August 2010

TOPIK 2: ALAT TANGAN ASAS

ALAT-ALAT TANGAN ASAS

GERGAJI BESI





KIKIR
Melakukan kerja-kerja menipiskan ketebalan, pembersihan dan membuat pembentukan pada logam
Jenis-Jenis Kikir:
Pipih
Belah Rotan
Bulat
Segiempat
Segitiga






SEPANA
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk sepana yang digunakan bagi mengetatkan dan melonggarkan nat
i.    Sepana soket
ii.    Sepana kekotak
iii.    Sepana hujung terbuka
iv.    Sepana gabungan
v.    Sepana hidup
vi.    Sepana nat kembang
vii.    Sepana paip
viii.    Sepana injap servis
ix.    Sepana daya kilas
xi.    Sepana set skru
xii.    Kunci allen

JENIS-JENIS SEPANA
PEMUTAR SKRU
Pemutar skru terdapat dalam pelbagai jenis dan juga saiz.
Pemutar skru ini digunakan bagi mengetat dan melonggarkan skru yang kepalanya berbentuk:
    i.  Philip
    ii.  Rata
    iii. Kekotak

Playar
Playar terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk.
Biasanya digunakan dalam kerja-kerja penyejukan dan penyaman udara,pendawaian,menggegas dan kimpalan:
    i.     Playar pepenjuru
     ii.    Playar muncung tirus
    iii.   Playar pengapit
    iv.   Playar tukang talian
    v.    Playar penyambung gelincir
    vi.   Playar pengapit ragum
    vii.  Playar paduan
    viii. Playar pencekam


ALAT-ALAT PEMAIPAN TIUB KUPRUM
Tiub kuprum yang digunakan dalam sistem PPU adalah dari jenis lembut dan keras.Oleh itu, segala kerja yang dilakukan seperti memotong,melulas, mengembang dan swaging hendaklah menggunakan alat khas untuk tiub kuprum sahaja
Rajah sebelah menunjukkan pemotong tiub kuprum digunakan memotong tiub kuprum
ALAT-ALAT PEMAIPAN TIUB KUPRUM
Pelulas
Pada kebiasaannya, garis pusat bahagian permukaan dalam dihujung tiub kuprum menjadi kecil daripada asal apabila dipotong.Ini kerana roda pemotong tiubyang memotong tiub kuprum dibahagian ini mengecilkan garis pusatnya.
Pelulas digunakan untuk membersihkan bahagian dalam permukaan dihujung tiub yang telah dipotong untuk mengembalikan garis pusatnya supaya menjadi seperti asal
ALAT-ALAT PEMAIPAN TIUB KUPRUM
Alat Swaging
    Digunakan untuk membesarkan garis pusat bagi menyambung 2 tiub kuprum yang sama saiz dengan menggunakan silfosing
Pembengkok tiub
    Alat yang digunakan untuk membengkokkan tiub.Jenis-jenis pembengkok tiub ialah:
    i.  Spring
    ii. Tuil
    Mempunyai berbagai saiz mengikut saiz tiub kuprum yang digunakan

ALAT-ALAT PEMAIPAN PAIP GALVANI
Pemotong paip galvani
    -Paip Galvani boleh dipotong dengan menggunakan alat pemotong paip yang dikendalikan dengan tangan atau elektrik, juga boleh dipotong dengan gergaji besi.
Alat pembenang luar paip galvani
    -2 jenis iaitu alat yang menggunakan tangan dan alat yang menggunakan mesinyang dijalankan oleh kuasa elektrik








TOPIK 1:KESELAMATAN & PENGENALAN PPU

KESELAMATAN  DI  DALAM  BENGKEL
  • Jenis Kemalangan
  • Luka
  • Kerangsangan Kulit – Melecur
  • Kecacatan Fizikal
  • Kejutan Elektrik
  • Kebakaran
  • Letupan
 FAKTOR PENYEBAB KEMALANGAN
  • Faktor Kemanusiaan
  • Faktor Tempat Kerja
  • Faktor Alat & Mesin

KESELAMATAN   SEMASA  BEKERJA
  • Keselamatan Diri
  • Tabiat kerja yang baik
  • Mengikut prosedur kerja
  • Memakai pelindung keselamatan
  • Keselamatan Kelengkapan
  • Penyelenggaraan alatan
  • Alat² disusun rapi, kemas
  • Digunakan dengan baik
  • Mesin sentiasa “OFF” jika tidak diguna

KESELAMATAN ELEKTRIK
  • Pastikan alat², dawai bertebat
  • Guna kasut getah yang kering
  • Mengetahui kedudukan suis kecemasan
  • Guna beban tidak melebihi had

KEBAKARAN & LETUPAN
Punca-punca:
  • Bahan² mudah terbakar spt kayu, kain, petrol terdedah kepada  bahan api
  • Penebatan dawai yang tidak sempurna
  • Tangki bahan pendingin terletak berdekatan     bahan api
  • Langkah Keselamatan:
  • Tempat kerja sentiasa bersih
  • Bahan kimia sentiasa tertutup rapi
  • Tangki bahan api diletak jauh dari bahang
  • Kerja kimpalan dilakukan di tempat khas

PERSEDIAAN HADAPI KEMALANGAN

ALAT PEMADAM API
  • Di tempat mudah dilihat

PETI PERTOLONGAN CEMAS
  • Sentiasa lengkap

LOCENG KECEMASAN
  • Mudahkan isyarat kecemasan

RAWATAN KECEMASAN
KEBAKARAN
  •    Anggota badan yang melecur dibalut dengan kain bersih

BAHAN KIMIA MENGHAKIS
   Alirkan air perlahan² ke  bahagian yang cedera

KEJUTAN ELEKTRIK
  •    mulut ke mulut  
  • tekanan pemulihan jantung

PENGENALAN :PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA

DEFINASI:
Proses pengawalan dan perawatan bagi semua kandungan udara untuk ruang atau tempat-tempat tertutup.
SISTEM PERLU ADA:
Kawalan suhu secara pemanasan atau penyejukan.
Kawalan kelembapan secara pelembapan atau penyahlembapan.
Kawalan kebersihan secara penapisan, penyucian dan peresapan bagi membuang kekotoran.
Pengagihan udara iaitu jenis pengudaraan dan cara aliran.
KEPERLUAN
KESELESAAN.
PRESTASI PEKERJA & BAHAN PENGELUARAN.
KESIHATAN.
PERALATAN.
SIMBOL STATUS
JENIS SISTEM PENYAMANAN UDARA
UNIT TINGKAP (Window unit)

UNIT TERPISAH (Split unit)

UNIT PISAH BERBILANG (Multi split unit)

UNIT BUNGKUS (Package unit)
















Salam perkenalan......

Syukur Alhamdulilah ,dengan adanya blog ini saya harap semua pelajar atau sesiapa jua dapat berkongsi maklumat berkaitan penyejukan dan penyamanan udara.Saya juga berharap blog ini bukan sekadar berkongsi ilmu malah dapat juga mengeratkan silatulrahim sesama kita.Segala masalah mengenai penyejukan dan penyaman udara dapat kita berbincang hendaknya.

 terima kasih

 MOHD ESHAM BIN HUSAIN
PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI ROMPIN