24 August 2010

TOPIK 2: ALAT TANGAN ASAS

ALAT-ALAT TANGAN ASAS

GERGAJI BESI





KIKIR
Melakukan kerja-kerja menipiskan ketebalan, pembersihan dan membuat pembentukan pada logam
Jenis-Jenis Kikir:
Pipih
Belah Rotan
Bulat
Segiempat
Segitiga






SEPANA
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk sepana yang digunakan bagi mengetatkan dan melonggarkan nat
i.    Sepana soket
ii.    Sepana kekotak
iii.    Sepana hujung terbuka
iv.    Sepana gabungan
v.    Sepana hidup
vi.    Sepana nat kembang
vii.    Sepana paip
viii.    Sepana injap servis
ix.    Sepana daya kilas
xi.    Sepana set skru
xii.    Kunci allen

JENIS-JENIS SEPANA
PEMUTAR SKRU
Pemutar skru terdapat dalam pelbagai jenis dan juga saiz.
Pemutar skru ini digunakan bagi mengetat dan melonggarkan skru yang kepalanya berbentuk:
    i.  Philip
    ii.  Rata
    iii. Kekotak

Playar
Playar terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk.
Biasanya digunakan dalam kerja-kerja penyejukan dan penyaman udara,pendawaian,menggegas dan kimpalan:
    i.     Playar pepenjuru
     ii.    Playar muncung tirus
    iii.   Playar pengapit
    iv.   Playar tukang talian
    v.    Playar penyambung gelincir
    vi.   Playar pengapit ragum
    vii.  Playar paduan
    viii. Playar pencekam


ALAT-ALAT PEMAIPAN TIUB KUPRUM
Tiub kuprum yang digunakan dalam sistem PPU adalah dari jenis lembut dan keras.Oleh itu, segala kerja yang dilakukan seperti memotong,melulas, mengembang dan swaging hendaklah menggunakan alat khas untuk tiub kuprum sahaja
Rajah sebelah menunjukkan pemotong tiub kuprum digunakan memotong tiub kuprum
ALAT-ALAT PEMAIPAN TIUB KUPRUM
Pelulas
Pada kebiasaannya, garis pusat bahagian permukaan dalam dihujung tiub kuprum menjadi kecil daripada asal apabila dipotong.Ini kerana roda pemotong tiubyang memotong tiub kuprum dibahagian ini mengecilkan garis pusatnya.
Pelulas digunakan untuk membersihkan bahagian dalam permukaan dihujung tiub yang telah dipotong untuk mengembalikan garis pusatnya supaya menjadi seperti asal
ALAT-ALAT PEMAIPAN TIUB KUPRUM
Alat Swaging
    Digunakan untuk membesarkan garis pusat bagi menyambung 2 tiub kuprum yang sama saiz dengan menggunakan silfosing
Pembengkok tiub
    Alat yang digunakan untuk membengkokkan tiub.Jenis-jenis pembengkok tiub ialah:
    i.  Spring
    ii. Tuil
    Mempunyai berbagai saiz mengikut saiz tiub kuprum yang digunakan

ALAT-ALAT PEMAIPAN PAIP GALVANI
Pemotong paip galvani
    -Paip Galvani boleh dipotong dengan menggunakan alat pemotong paip yang dikendalikan dengan tangan atau elektrik, juga boleh dipotong dengan gergaji besi.
Alat pembenang luar paip galvani
    -2 jenis iaitu alat yang menggunakan tangan dan alat yang menggunakan mesinyang dijalankan oleh kuasa elektrik








No comments:

Post a Comment

Post a Comment