28 August 2010

TOPIK 4 : KENALI BAHAN PENDINGIN

bahan pendingin
¨haba disingkirkan dari sistem penyejukan oleh bahan pendingin. Setiap cecair yang mempunyai takat didih hampir dengan takat beku air boleh dijadikan bahan pendingin. Walau bagaimanapun, bahan pendingin yang baik tidak semestinya mempunyai suhu takat didih yang rendah. Bahan dingin yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tidak beracun, tidak mudah meletup dan tidak kakis kepada komponen. Selain itu, kualiti-kualiti lain seperti kesan-kesan bahan pendingin pada haba dan suhu, isipadu dan ketumpatan, tekanan, sifat-sifat kimia dan fizikal bahan pendingin mestilah diambilkira juga.

sifat bahan pendingin
¨Fungsi bahan pendingin ialah untuk menyerap haba. Cecair bahan pendingin yang berada di penyejat akan bertukar menjadi gas dan menyingkirkan haba ini di pemeluwap. Di pemeluwap, gas bahan pendingin bertukar menjadi cecair.

sifat bahan pendingin yang baik
 Kesan pada haba dan suhu;
¨-. Haba pendam pemelewapan bahan pendingin mestilah tinggi. Ini membolehkan kuantiti bahan pendingin yang sedikit menyerap haba dengan banyak.

¨-. Takat beku bahan pendingin mestilah rendah daripada suhu yang terdapat dimana-mana bahagian dalam sistem itu. Jika ini tidak diambil kira, bahan pendingin mungkin membeku di penyejat dan menyebabkan sistem tidak dapat bekerja dengan sempurna.

ketumpatan isipadu bahan pendingin

¨-Ketumpatan bahan pendingin hendahlah tinggi. Saluran cecair yang kecil boleh digunakan.
¨-. Isipadu wap bahan pendingin mestilah sekecil mungkin. Ini membolehkan
¨penggunaan saluran sedutan dan singkiran yang kecil. Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan ke atas komponen-komponen

¨kesan bahan pendingin

¨-. Perbezaan tekanan bahan pendingin pada bahagian tinggi dan rendah seboleh-bolehnya hendaklah rendah.
¨-. Apabila tekanan pemeluwap rendah, alat-alat yang ringan dapat di gunakan dan kebocoran dapat dielakan.

sifat kimia bahan pendingin

¨-. Mestilah tahan pada suhu dan tekanan operasi yang terdapat pada sistem tanpa berubah sifatnya.
¨-. Tidak mudah terbakar dan meletup, sama ada dalam bentuk gas atau cecair semasa bercampur dengan minyak.
¨-. Tidak berkarat dan tidak bertindakbalas terhadap alat-alat sistem.
¨-. Tidak beracun dan memberi kesan sampingan kepada hidup-hidupan separtimanusia, tumbuhan dan binatang.
¨-. Tidak mudah terbakar.
¨-. Boleh larut dengan minyak supaya pelinciran berkesan.
¨-. Tidak berbahaya apabila yindak balas dengan minyak walaupun dengan kehadirankelembapan.
¨-. Mempunyai rintangan tinggi pada elektrik. Ini untuk mengelakkan pengaliran aruselektrik pada sistem.



bahan pendingin r22

¨Satu jenis bahan pendingin yang begitu popular digunakan untuk semua jenis penyamanan udara

¨komersial dan rumah. Dikenali dengan nama R22 (HCFC 22 Chlorodifluoromethane).

Amat berbahaya kepada lapisan ozone jika dilepaskan



¨














No comments:

Post a Comment