25 August 2010

TOPIK 3 : KAEDAH MENGECAS BAHAN PENDINGIN

MENGECAS BAHAN PENDINGIN DAN MINYAK BAHAN PENDINGIN

    Tajuk-tajuk Utama








1. Mengesan dan Menguji Kebocoran
2. Pengungsian
3. Mengecas Sistem Menggunakan Wap Bahan Pendingin
4. Mengecas Bahan Pendingin Menggunakan Silinder Pengecas
5. Pump down
6. Minyak Bahan Pendingin
7. Memeriksa Minyak Pemampat

  
PENGUNGSIAN ( Pengosongan)

 Pengungsian perlu dilakukan sebelum membaiki kebocoran atau mengganti  
 alat-alat yang rosak.
Cara-cara pengungsian :

1- Pasangkan injap servis pada tiub servis bahagian tekanan rendah di 
    pemampat.
2- Pasangkan hos pam vakum pada injap servis dan biarkan injap terttutup.
3- Jalankan pam vakum. Buka injap nyahcas dan perlahan-lahan buka injap 
    servis pada pemampat
4- Buka injap servis pada pam vakum perlahan-lahan untuk mengelak minyak di 
   dalam pemampat di sedut keluar.
5. Jalankan pam vakum selama 15 minit atau sehingga 500 mikron atau 76 cm
    Hg pada tolok tekanan rendah. Setelah pam berfungsi selama 30 minit, tutup 
    injap pada pam vakum, lihat jarum di tolok vakum jika naik terdapat
    kebocoran pada sistem tersebut.

6- Tutup injap servis di pemampat dan hentikan pam vakum.
7.Masukkan sedikit bahan pendingin dan uji kebocoran pada bahagian tekanan
   rendah. Jalankan sistem dan lakukan juga pada bahagian tekanan tinggi.
8- Lakukan pelegaan bahan pendingin yang dicas tadi bagi membantu
   mengeluarkan kelembapannya.
9- Jalankan pam vakum semula dan lakukan proses pengungsian seperti di atas
    selama 30 minit lagi sehingga bacaan tolok vakum 500 mikron atau 76 cm
    Hg.
   
MENGECAS SISTEM MENGGUNAKAN WAP BAHAN PENDINGIN

 - Mengecas sistem menggunakan wap bahan pendingin dijalankan melalui
   saluran sedutan, iaitu di bahagian tekanan rendah
- Wap ini akan masuk ke dalam pemampat dan pemampat hanya mampu
  memampatkan wap bahan pendingin.
- Mengecas denagan menggunakan wap bahan pendingin boleh dilakukan
  melalui tiga cara :

    a- Mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan

    b- Mengecas wap bahan pendingin berpandukan suhu

    c- Mengecas wap bahan pendingin berpandukan arus

MENGECAS BAHAN PENDINGIN MENGGUNAKAN SILINDER PENGECAS
-  Alat-alat yang digunakan untuk mengecas menggunakan silinder pengecas
   adalah seperti berikut :
     a) Tolok pancarongga
    b) pam vakum
    c) bahan pendingin
    d) silinder pengecas
   
- Dengan menggunakan silinder pengecas kita boleh mengecas bahan pendingin
  dengan lebih tepat dan berkesan.

PUMP DOWN

- Biasanya dilakukan pada sistem yang besar untuk mengelakkan pembaziran
  bahan pendingin semasa menukar penyejat, pemampat atau pemeluwap.

- bahan pendingin dipam dan disimpan di bahagian tekanan tinggi iaitu di tangki
  penerima atau pemeluwap.

MINYAK BAHAN PENDINGIN
-  Minyak yang digunakan dalam sistem penyaman udara dan penyejukan adalah 
   minyak bahan pendingin

-  Ia berbeza dengan minyak pelincir.

-  Di buat khas supaya tahan kepada keadaan sejuk, panas dan mestilah dalam
   keadaan cecair pada sebarang suhu.

- Memilih ciri-ciri minyak bahan pendingin yang baik :
              a) Kestabilan kimia
    b) Kelikatan
    c) Takat tuang
    d) Kekuatan dielektrik
    e) Kandungan lilin yang rendah


MEMERIKSA MINYAK PEMAMPAT

Warna minyak bahan pendingin boleh menunjukkan keadaan yang berlaku dalam sistem tersebut,

 a-   Minyak hitam - menunjukkan berkarbon. Ini berlaku kerana terdapat udara
               dalam sistem tersebut
b-   Minyak coklat -  menunjukkan terjadinya saduran kuprum yang disebabkan kehadiran kelembapan dalam sistem.
c-   Minyak kelabu atau metalik - menunjukkan bebola haus atau omboh tercalar.





  




2 comments: